Join For FREE

Sunday, 15 November 2009

Masalah Cat

Kali ini pro ingin menerangkan beberapa masalah yang sering di hadapi oleh tukang cat samada kereta atau sebarang material..terdapat 23 masalah yang sering berlaku.Tapi di sini pro
hanya menerangkan 5 dari pada masalah ini.Ini adalah masalah yang sering berlaku,dan masalah ini amat penting anda ketahui apabila menceburi kerjaya ini.. (gambar menunjukkan contoh bintik basah pada permukaan yang dicat)

Kesan kotoran kimia
Masalah kesan terkena bahan kimia kelihatan bintik-bintik dan perubahan warna pada permukaan cat..Ini terjadi kerana permukaan cat terkena percikan bahan kimia seperti thinner dan ini biasa berlaku dalam industri kerana sistem yang kurang teratur..

Cara penyelesaian mengenai masalah ini,cuci bahagian terkena bahan kimia tersebut dengan air kemudian gosok dengan airsander apabila air sudah kering sehingga sampai ke dasar (permukaan besi).Ini kerana bahan kimia akan kelihatan kembali setelah di cat sekiranya tidak digosok sampai ke permukaan besi..

Pecahan kecil memanjang
Retakan ini kelihatan kecil memanjang pada permukaan cat.Ini berlaku kerana tempat mengcat
berada pada cuaca sejuk dan ini juga berlaku sekiranya kita mengguna cat yang berlainan (contohnya sebelum ini cat yang digunakan dalam bentuk tin mudah spray kemudian ditukar dengan cat+ hardener)..

Bagi mengatasi masalah ini elakkan mengecat pada waktu pagi kerana cuaca masih sejuk,dan perhatikan setiap permukaan yang mengalami retakan pada cat dengan sempurna.Gosok bahagian tersebut sehingga sebati kemudian cuci dengan air.Setelah itu anda boleh mengecat kembali.

Cat Mengalir
Masalah ini kelihatan seperti cat mengalir setalah selesai mengecat dan ini adalah masalah yang sering berlaku dan menguji kepakaran tukang cat.Masalah ini terjadi kerana kesilapan mencampur cat,thinner dan hardener.Ini juga berlaku sekiranya mengecat terlalu dekat dan buka cat terlalu kecil.

Tip penting untuk mengatasi masalah ini, campur cat mengikut arahan pengeluar cat pada tin cat atau dapatkan maklumat dari pengeluar.Pada kebiasaannya cara mencampur cat dengan thinner ialah 2x1 (cat 2 tin,thinner 1 tin) dan elakkan mengecat kurang 5 inci dari permukaan bahagian yang dicat,buka cat spraygun 50 hingga90%..

Bintik Basah
Masalah ini kelihatan seperti cat berminyak dan bahagian tersebut seperti bertumpuk serta kewasan tengah pada bahagian tumpuk tersebut tiada cat(under spray).Ini berlaku kerana permukaan yang dicat tidak di cuci dengan sempurna,spraygun tidak dicuci dengan baik,tempat mencampur cat tercemar dengan sebarang bahan kimia dan cuaca yang sejuk.

Garisan (scratch)
Masalah ini kelihatan garisan-garisan pada permukaan cat.Ini sering berlaku sekiranya kita tiada pengetahuan menggunakan kertas pasir kerana banyak saiz kertas pasir dengan fungsinya yang berlainan..diantara size kertas pasir yang sering digunakan ialah saiz 60 hingga 4000,bergantung pada fungsinya..

Bagi mengatasi masalah garisan kertas pasir ini,elakkan menggunakan kertas pasir bersaiz kasar.Memadai sekiranya anda menggunakan kertas pasir bersaiz 150 pada permukaan besi yang baru dan bersaiz 200-320 bagi permukaan dicat semula (repainting)










Friday, 16 October 2009

Tips Memilih Cat Kereta.

Apa bila kita ingin mengecat kereta ataupun sebarang material,salah satu daripada persoalan utama yang sering mempengaruhi fikiran kita ialah;

Apakah jenis cat yang sesuai digunakan?
Apakah warna cat yang sesuai?

Baiklah..kali ini pro mahu memberikan serba sedikit tips sebagai panduan anda..supaya anda tidak salah memilih jenis dan warna cat pada kereta mahupun material yang kita cat.Tip ini bukan hanya untuk mereka yang terlibat dalam mengecat tapi juga kepada bekal pelanggan yang bercadang untuk menghantar kereta mereka untuk di cat...

Memlih jenis cat
Tahukah anda bahawa banyak jenis cat dan berbeza-beza fungsi di pasaran?Mungkin tidak asing lagi bagi anda mengenai perkara ini seperti cat kayu,primer(undercoat),cat besi,cat plastik,cat kereta dan banyak lagi..Tapi di sini pro hanya mahu menerangkan jenis-jenis cat yang sering digunakan untuk kereta tapi jarang anda ketahui bahkan sering diabaikan..

Terdapat 3 jenis cat hingga 5 jenis cat yang digunakan oleh tukang cat kereta bergantung kepada kualiti,tahap disiplin dan kepakaran tukang cat.

a. Primer (undurcout)
b. Cat besi
c. Cat plastik
d. Cat clear
e. Cat metalik

Perkara penting yang perlu kita tahu sebelum mengecat kereta ialah bahagian pada kereta..pada zaman ini,kereta sering menggunakan 2 jenis cat iaitu cat plastik dan cat besi (khas untuk kereta).Cat besi untuk bahagian besi pada kereta dan manakala cat plastik pada bahagian plastik seperti kebanyakan pada bumper depan dan belakang kereta pada zaman ini.Jangan silap kalau cat bumper kereta anda berpecah-pecah.Ini kerana cat yang digunakan adalah dari jenis cat besi dan ia tidak tahan digunakan pada plastik kerana plastik mudah di bengkokkan..Jenis-jenis cat ini ada dalam bentuk primer, clear ataupun metalik.

Memilih warna cat yang sesuai
Apa bila anda memilih cat yang sesuai untuk kereta anda,pastikan anda mahu ia berkilat(shine) ataupun tidak(cm) dan pastikan ia mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh kerajaan kerana ini juga menjadi satu kesalahan sekiranya tidak mengikut peraturan.Mengikut peraturan lebih baik daripada melanggar peraturan kecuali terdapat permohonan untuk mengubah warnah cat.

Memilih warna cat kereta daripada jenama-jenama cat yang terkenal juga perlu diambil perhatian kerana cat dari jenama ini berkualiti dan tahan lama..dan pastikan apabila membeli cat clear elakkan membeli pada harga yang murah kerana ini amat mempengaruhi ketahanan cat kereta anda..Anda tidak perlu hairan kalau warna cat kereta anda berubah kerana kesilapan ini.

**Sebelum mengecat pastikan anda telah menggunakan primer**

Semoga anda berjaya.

Sunday, 20 September 2009

Mengenali Komponen Spraygun



Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam kerjaya kita (pro painter),Pro mahu memperkenalkan bahagian-bahagian penting yang perlu anda tahu mengenai komponen spraygun..Ini memudahkan anda menggunakan spraygun..

Tombol pelaras
Bahagian ini adalah bahagian dimana kita dapat menentukan dan melihat petten yang keluar dari muncung spraygun.contohnya kita akan membuka suiz ini sekiranya kita mengecat bahagian yang luas dan sebaliknya sekiranya kita mengecat dibahagian yang sukar dilihat.

Tombol pelaras cat + angin
Sesuai dengan teknologi spraygun seperti gambar di atas,ia boleh juga dinamakan 2 dalam1 dimana suis angin dengan cat hanya satu disesuaikan untuk kemudahan pengguna.sekiranya suis ini dibuka,angin dan cat akan keluar bersama dari muncung spraygun.

Picu
Bahagian ini adalah suis utama spraygun..Segala hasil yang akan keluar dari muncung spraygun akan keluar apabila menekan suis ini dan anda akan melihat petten,cat dan angin serta menunjukkan kepakaran anda dalam menekan picu ini.

Puting angin
Apabila anda menggunakan spraygun,paip angin dari punca angin akan disambungkan disini.Anda boleh memilih jenis sambungan yang sesuai dengan keselesaan anda menggunakan spraygun.Sebagai satu cadangan,mengguna paip yang ringan adalah lebih baik.

Muncung dan penutup angin
Muncung adalah bahagian dimana tempat keluarnya cat,angin dan petten.Bahagian ini amat penting dijaga kerana kerosakan bahagian ini (pro akan menunjukkanya dimasa akan datang) akan merosakkan kualiti kerja anda.Penutup sentiasa ketat apabila mengunakan alat ini.

* maaf kerana gambar kurang jelas..
* semoga ini serba sedikit membantu anda..

Thursday, 3 September 2009

Air Sander


Imej ini dinamakan Air Sander ..Kali ini pro akan menghurai sarba sedikit mengenai kegunaan,cara menggunakanya dan memilih jenis air sander yang sesuai..Anda boleh juga rujuk melalui post-post dari pro menganai cara menggosok putty piller pada post-post yang lalu.

Kegunaannya..Mesin ini sebenarnya bukan hanya digunakan untuk mengosok putty piller tapi banyak kegunaan lain bagi memudahkan kerja anda.Ia boleh digunakan untuk besi,alluminium,kayu dan sebagainya.Untuk besi dan aluminium ia boleh digunakan membuang karat (kertas pasir 80) dan menghaluskan besi sebelum di cat (primer sebelum dicat).Amat baik sekali digunakan untuk kayu terutama mereka yang terlibat dalam pertukangan kayu seperti membuat gitar dan meja.

Cara menggunakanya...Sebelum menggunakan alat ini,pengetahuan asas untuk menggunakanya, anda perlu tahu kerana tanpa pengetahuaan asas,ini mungkin memberikan hasil yang merugikan anda.Baiklah untuk menggunakannya:

Pertama, isikan minyak pada mesin sebanyak 3 drop dalam saluran 2 kali seminggu untuk mengelakkan mesin anda rosak.

Kedua,sambungkan paip angin dari punca angin dengan sambungan yang di isi minyak tadi kemudian menekan suiz tombol atas mesin selama 1/2 minit .

Ketiga,lekatkan kertas pasir bulat bergam pada tapak mesin dan anda boleh menggunakanya dengan menekan suiz tombol atas mesin secara perlahan .

Banyak jenis air sander yang anda pilih di pasaran.tapi anda kena tahu cara membelinya.Kalau anda mahu yang murah sudah pasti kualitinya juga tidak tahan lama.Sebagai satu cadangan anda boleh membeli air sander dari jenama Dyana.

***nota penting**

* Jangan melekatkan kertas pasir pada mesin ketika anda mengguna cara kedua.
* Elakkan menekan suiz tombol dengan kuat ketika menggunakanya demi hasil kerja yang baik.

Semoga anda berjaya..

Salam persahabatan

Kali ini pro mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang
selalu melawat blog kerjaya kita (pro painter) serta memberi komen
yang baik dalam blog ini..

Pro meminta maaf kepada anda yang amat memerlukan maklumat
dari pro mengenai kerjaya mengecat kereta ini kerana lambat update
blog ini.

Tapi saya harap anda bersabar menanti maklumat yang lebih lengkap dari pro pada tahun yang akan datang.Maklumlah kerjaya agak terbatas buat masa ini kerana terikat dengan sesuatu kerja dalam bidang pekerjaan..dan persiapan untuk pembukaan workshop mengecat kereta awal tahun hadapan..Walaupun banyak modal yang di laburkan,but so ok nanti pro aga bebas dan salalu update blog ini untuk membantu anda kerana pro berasaskan mahu anda berjaya.

Buat masa ini pro akan mengupdate blog ini 2 minggu sekali..
SALAM PERSAHABATAN DARI PRO..

Monday, 10 August 2009

Pelanggan adalah Uang


Kali ini pro mahu menerangkan serba sedikit mengenai pelanggan yang mana sering menjadi rungutan setiap peniaga-peniaga dalam pelbagai ketegori perniagaan samaada perniagaan yang sudah maju ataupun yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan.

Take Care Your Costumer!!!

Ini adalah kunci utama menjadikan pelanggan uang di mata anda sebagai peniaga..Banyak buku-buku mahupun ceramah menggunakan kunci ini sebagai asas untuk menilai setiap keperluan pelanggan.Ini tidak terkecuali sekiranya anda membuka bengkel mengecat kereta pelanggan adalah yang pertama diutamakan.

Apa bila anda menggunakan asas ini,sudah tentunya anda perlu mengenali pelanggan dengan lebih dalam lagi bukan saja berkenaan dengan keperluan bahkan mengetahui sifat , sikap pelanggan dan ada pula yang mahu mengenali pelanggan sehingga kepada mengira jumlah ahli dalam keluarga pelanggan.

Beralih kepada mereka yang berkerjaya dalam mengecat kereta,anggap pelanggan sebagai raja anda..tingkatkan kualiti perkhidmatan dan kualiti keluaran sehingga pelanggan bukan saja berpuas hati tapi lebih berpuas hati..

.....Dengan kualiti yang anda ada pelanggan bukan mencari bos anda tapi mencari anda...

Saturday, 25 July 2009

SprayGun

Kali ini kita mau mengenali 3 jenis spray gun yang sering digunakan
ketika mengecat kereta.Setiap daripada jenis spray gun ini mempunyai
fungsi yang berlainan.


Spray gun berkualiti tinggi
(Gravity feed)

Spraygun jenis ini selalu digunakan untuk material
yang mengutamakan kualiti seperti peratus ketabalan
dan gloss (kilat) cat.Selain daripada itu ia amat sesuai apabila
mempamirkan skill mengecat texture,small texture
dan tuch-up.Amat selesa ketika mengecat tempat yang susah
seperti di bahagian bawah kereta.Sebagai satu cadangan anda digalakkan menggunakan spraygun jenis ini dari jenama
Iwata dan sata kerana produk dari jenama ini teruji dan tahan lama..



HVLP spraygun (Suction Feed)

HVLP pula spraygun yang selalu digunakan dimana-mana
tempat mengecat kereta kerana ia sesuai pada ruangan yang
luas dan mudah digunakan.Sebagai satu peringatan spraygun
jenis ini ada (tombol angin+ cat) dan ada yang berlainan.Contoh
disebelah adalah dari jenis tombol angin+ cat.Memilih produk dari jenama yang terkenal seperti sata dan iwata adalah amat baik demi kualiti kerja anda terutama ketika menggunakan cat yang mahal
dan berkualiti.



Berus Angin (Airbrush)

Gambar di sebalah pula ialah berus angin yang jarang
diketahui umum.Untuk mengetahui fungsi-fungsi dan
keistimewaan produk ini, sila rujuk pada post dari pro
yang lalu.Anda pasti teruja dengan fungsinya.Secara kasar
pro suka menggunakan produk ini dari jenis jenama yang
sama dari iwata kerana ia tahan lama dan memberikan
hasil yang memuaskan.

Monday, 6 July 2009

Cara-cara Mengosok Putty Piller

Mengosok putty kalau dilihat secara kasar adalah mudah tapi sebenarnya tidak
semudah yang disangkakan..Anda mungkin seorang putty man atau seorang
tukang cat kereta maupun material tidak semestinya anda tahu mengosok putty..
Kenapa..?

Kerja mengosok putty memerlukan tangan yang sensitif terhadap sentuhan..kalau sentuhan
tangan anda tidak sensitif hasilnya juga tidak memuaskan dan ini menjatuhkan imej
keluaran anda.Ingat..Qualiti keluaran adalah amat penting menentukan nilai harga
keluaran anda.

Sebelum mengosok putty,pilih jenis kertas pasir yang anda harus gunakan samaada
dengan menggunakan mesin gosok(air sender) atau tangan.Banyak jenis kertas pasir
serta fungsinya yang berbeza.Sebagai saranan, untuk menggosok putty sila gunakan
kertas pasir 120 dan 150 untuk menipiskan putty manakala 240 dan 320 untuk
menghaluskan putty.

Sekiranya anda mengosok putty dengan menggunakan tangan,gunakan tangan kanan untuk
mengosok putty dan tangan kiri untuk menyentuh hasil yang di gosok..Ini dapat membiasakan tangan kiri anda sensitif pada sentuhan..adakalanya anda memerlukan span bagi menentukan
hasil yang lebih baik.

Mengosok putty dengan air sender pula anda kena tahu serba sedikit cara menggunakanya.
Elakkan menakan suiz tombol mesin dengan kuat..kesilapan seperti ini sering berlaku kerana
mahu menipiskan putty dengan cepat.Cuba saja anda pasti tahu hasilnya...

***putty bahagian yang digosok sekiranya ada lubang kecil.




Friday, 26 June 2009

Skill Mengguna Pisau Putty

zkdep843ic
Pisau Putty Cadangan untuk pilihan anda...sila gunakan
4 in 1 atau 5 in 1 demi kemudahan yang lebih baik untuk masa,
kualiti dan memaksimumkan keperlian anda ketika menggunakan
putty..










Cara mengguna pisau putty apabila menggunakan putty
disudut sempit sebelah kiri dan sebaliknya..







Cara mengguna pisau putty di bahagian lengkok dan merata
di ruang yang sempit,skru dan lubang kecil..









Cara mengguna pisau putty ketika mengguna putty
lebih tebal di sebelah kiri...








Cara mengguna pisau Putty ketika mengguna putty
lebih tebal di sebelah kanan..








Cara mengguna pisau putty ketika mengguna putty
secara merata..












Friday, 12 June 2009

Memilih Putty Kereta





Jenis Putty Kereta Yang Diuji
Tahap Qualitinya....






Tiga jenis putty yang selalu digunakan dalam mengecat kereta dan terkenal dalam industri mengecat.

1. Akzo Novel (Sikkens polykit iv) buatan Netharland
- Tahan panas sehingga 120'c
- Halus,mudah digunakan,cepat kering
- Amat sesuai untuk kereta

2. Spies Hedew (Raderal Ir Premium putty) buatan Jerman
- Tahan panas sehingga 200"c
- Sederhana kasar, tidak mudah pecah,keriing cepat dalam 4m
- Sesuai untuk putty kereta,menutup lubang dan skru

3. DNT Pollybest putty buatan Singapore
- Halus
- Sesuai untuk menutup lubang kecil
- Sering digunakan di kebanyakan industri dan kereta
- Terkenal di singapore dan malaysia
- Murah
note: Memilih jenis putty yang sesuai dan berkualiti dapat menentukan kesan kepada
keluaran dan pelangan anda.



Sunday, 31 May 2009

Peralatan Keselamatan Ketika mengecat Kereta












kata orang.."uang boleh di cari,tapi nyawa tak ada ganti".begitulah betapa pentingnya keselamatan ketika melakukan sesuatu kerja.

Seringkali perkara ini diambil perhatian tapi tidak dilakukan dengan disiplin.Apa yang perlu dibuat?"Ingat kerja ingat alat keselamatan yang diperlukan".

Penggunaan alat keselamatan dengan betul dan bersistem dapat mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak dingini.

Pro kali ini cuba menerang beberapa alat keselamatan yang perlu dan selalu digunakan ketika mengecat kereta.Diantaranya mask(penutup mulut/muka),sarung tangan,cermin mata keselamatan,kasut keselamatan,penutup telinga dan tempat mengecat.Demi keselamatan anda,dapat dan sediakan peralatan ini.

Penggunaan mask atau penutup muka dan mulut,membantu mengelakan anda daripada menghisap abuk,bau cat,thinner,putty,putty hardener dan bahan-bahan kimia merbahaya yang lain.Pro cadangkan supaya penggunaan 2 jenis mask diamalkan iaitu khas untuk abuk seperti 3M N95 dan khas untuk mengecat seperti  3M organic Vapor.

Diantara peralatan ini adakalanya digunakan serentak iaitu mask(untuk habuk),sarung tangan kain, cermin mata, penutup telinga dan kasut keselamatan tatakala mengguna grinding,kerja menukul dan menggosok besi.Manakala mask(untuk mengecat),sarung tangan plastik,kasut keselamatan serta pakaian khas diperlukan ketika mengecat.

Selain daripada peralatan ini,tempat khas untuk mengecat kereta(spray booth) adalah amat penting di berikan perhatian.Tempat mengecat dengan peredaran udaya yang baik bukan saja dapat membantu anda tapi keselamatan persekitaran anda.

***Semoga berjaya***






Monday, 18 May 2009

Kronologi Asas Putty Kereta

Penggunaan putty dalam mengecat kereta adalah amat penting dan sentiasa di perlukan samada untuk mengecat kereta baru atau lamaApakah fungsi putty atau pole base?

Pada asasnya putty digunakan untuk menutup lubang,menutup tempat tertentu seperti bekas welding dan skru,meratakan sesuatu permukaan dan membentuk permukaan mengikut keperluan.

Pro kali ini ingin memberikan ringkasan kronologi asas cara-cara putty:

Peringkat pertama
Sebelum melakukan kerja-kerja putty kereta,pilih putty yang sesuai dengan kualiti kemahuan anda.Ini kerana setiap putty di pasaran mempunyai banyak jenis,fungsi dan kualitinya.

Peringkat kedua
Perhatikan tempat-tempat yang perlu diputty mengikut bahagian atau setiap inci dari permukaan kereta dengan melekatkan tape pada tempat tersebut supaya tidak tertinggal.

Peringkat ketiga
Gosok tempat yang dilekatkan dengan tape tadi dengan kertas pasir.Pastikan tempat yang digosok,digosok dengan baik.Ini kerana mempengaruhi kekuatan putty yang digunakan

Peringkat keempat
Bersihkan setiap tempat yang digosok dengan thinner yang sesuai seperti thinner 1425 atau dapatkannya di pasaran yang mana banyak pilihan untuk anda.

Peringkat kelima
Ambil putty dan hardener dari bekasnya kira-kira 20x1 besar hardener.ini adalah asas yang anda harus tahu tapi ini bergantung kepada jenis putty yang digunakan.

Peringkat keenam
Campur putty dengan hardener sehingga sebati kemudian putty tempat-tempat yang digosok tadi.Adakalanya kawasan yang diputty tadi ada yang perlu diputty 2 hingga 3 kali bergantung kepada masalah tempat yang diputty.
 
***nantikan huraian lengkap dari pro di masa akan datang***

Saturday, 9 May 2009

Pengaruh karat dalam mengecat kereta

Karat(rust) adalah salah satu masalah dalam proses mengecat kereta bahkan banyak memberikan kesan sampingan pada bahagian yang telah dicat samaada ketika mengecat atau dalam tempoh tertentu sekiranya tidak diurus dengan baik sebelum melakukan kerja-kerja mengecat.

Kenapa karat terjadi? Menganali karat bererti anda menjaga kereta anda dengan baik.Ada beberapa sebab karat terjadi:

  • Bahagian besi terdedah kepada udara.
  • Bahagian besi bersentuh dengan air.
  • Bahagian besi berseentuh dengan percikan air laut
  • Sebab lain ialah tahi binatang seperti tahi lembu dan burung.
Besi yang terdedah akan menjadi karat kerana udara di persekitaran kita mempunyai kandungan air yang tidak kelihatan.Apa lagi ketika hujan dan ketika mencuci kereta besi yang terdedah bersentuh dengan air menyebabkan karat pada besi.

Ada kemungkinan besi yang terdedah akan bersentuh dengan air laut ketika berkelah dan ini menjadikan besi berkarat.

Kesan-kesan sekiranya tidak di ambil tindakan....

  • bahagian yang dicat tidak akan bertahan lama dan cat akan pecah.
  • terdapat bintik-bintik di bahagian yang berkarat ketika selasai mengecat.
  • karat akan merebak ke bahagian lain.
  • karat yang tidak di urus dengan baik akan menyebabkan putty pecah dan cat akan pecah.
Tips-tips mengurus karat sebelum mengecat kereta:
  1. Gosok bahagian besi yang berkarat sehingga karat atau bayang-bayang karat pada bahagian besi yang berkarat tidak kelihatan,kemudian gunakan primer atau cat dasar.
  2. Gunakan key brush(berus besi) sekiranya karat pada bahagian besi serius dan berlubang.
  3. Cuci bahagian karat yang di gosok dengan thinner atau bahan kimia anti- karat yang sesuai.
  4. Cuci dengan thinner dan putty sekiranya terdapat lubang pada bahagian yang berkarat.
  5. Bungkus keseluruhan badan kereta dengan plastik sekiranya tidak di cat dalam tempoh 3 hari.
...Semoga berjaya.

Tuesday, 5 May 2009

Mengecat Rim Kereta

Rim kereta melambangkan standard  sesebuah kereta atau jenema kereta.Oleh itu tidak hairan harganya ada yang boleh mencecah ribuan ringgit.Namun begitu orang masih sanggup membelinya kerana tuntutan tersebut.

Oleh kerana rim kereta adalah sebahagian daripada komponen kereta yang sentiasa bergerak pantas di jalanraya,justru itu ia amat terdedah kepada banyak jenis bentuk pergerakan dan persekitaran.

Persoalannya di sini...Apakah jenis cat yang sesuai untuk rim kereta?

Tips.."bongkar pro"..

Mengecat  rim kereta dapat di bahagikan kepada 2 cara iaitu powder coating dan spray painting.

Powder coating (cat tepung)
Rim kereta dicat dengan powder coating sesuai dengan jenis cat yang dipilih.setelah itu rim yang sudah dicat dengan powder(tepung cat) kemudiannya dimasukkan kedalam oven dengan kepanasan 200-250 darjah c..."jangan ikut  masuk pula nanti kena panggang".

Setelah selasai di sejukkan,rim yang sudah di cat itu di cat lagi dengan cat liquer atau clear( cat tepung)kemudian dimasukkan kedalam oven dengan kepanasan yang sama...setelah disejukkan proses sudah selasai dan rim tersebut boleh digunakan.

kebaikan ...cat tepung ini ialah prosesnya mudah dan cepat.
Kekurangan...Peralatannya mahal.

Spray painting (Sembur cat)
Cat untuk rim kereta tidak semestinya sama dengan cat keseluruhan kereta anda.Ini kerana cat untuk rim kereta terdapat  tambahan campuran lain selain daripada thinner iaitu hardener.
Hardener berfungsi menjadikan cat yang digunakan kuat dan tahan terhadap hentakan seperti batu.

Terdapat 3 peringkat mengecat kereta dengan cara ini sesuai dengan kemahuan dan kemampuan anda.
  1. Primer + Thinner + hardener(-hardener)
  2. Warna cat pilihan   + Thinner + Hardener
  3. Cat clear + Thinner + Hardener
Kelebihan...boleh dicat dengan pelbagai bentuk warna cat.
Kekurangan...Proses lambat 


Sunday, 3 May 2009

Kegunaan Airbrush



Airbrush atau lebih dikenali sebagai berus angin tidak asing lagi bagi mereka yang terlibat langsung dalam kerjaya mengecat. Tidak kurang pula yang menggunakan sticker seperti gambar kereta diatas bagi memperolehi hasil yang lebih cepat walaupun boleh menggunakan dengan airbrush.

Tahukah anda apa keistimawaan dan fungsi airbrush dalam painting?Kenapa airbrush mahal sehingga mencecah ratusan ringgit?

Ketahui rahsia airbrush...dengan airbrush :

  • anda boleh membuat apapun bentuk lukisan pada kereta anda seperti gambar anda,lukisan kartun,gambar movie,iklan-iklan dan lain lain.
  • Sesuai digunakan menulis papan tanda perniagaan untuk kedai anda.
  • anda juga boleh menggunakan airbrush untuk menulis permit kereta yang tertera di kereta anda.
  • ia juga banyak di gunakan dalam membuat lebal pada pakaian atau t- shirt.
  • Bagi mereka yang terlibat dalam perhiasan,pertukangan tangan ia amat sesuai digunakan kerana hasilnya halus
  • anda boleh menulis kata-kata hikmah,gambar anda atau melukis gambar artis kesayangan anda pada gelas minuman anda.
  • boleh digunakan menghias pengantin.
  • sekiranya anda minat mengecat handphone,airbrush amat sesuai digunakan serta menjimatkan.
  • tidak asing lagi penggunaanya dalam mengecat perhiasan alat-alat muzik,elektronik,kasut dan lukisan tatoo pada komputer.
Anda sudah mengetahui serba sedikit mengenai keistimewaan airbrush,jadi apa tunggu lagi rebutlah peluang kerjaya ini anda pasti mendapat pekerjaan dengan mudah daripada kerjaya ini.kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai airbrush,training,skill serta lain- lain perkara berkaitan dengan painting,ikuti perkembangan kerjaya kita pro painter dalam post-post yang seterusnya.

Semoga berjaya..