Join For FREE

Monday, 18 May 2009

Kronologi Asas Putty Kereta

Penggunaan putty dalam mengecat kereta adalah amat penting dan sentiasa di perlukan samada untuk mengecat kereta baru atau lamaApakah fungsi putty atau pole base?

Pada asasnya putty digunakan untuk menutup lubang,menutup tempat tertentu seperti bekas welding dan skru,meratakan sesuatu permukaan dan membentuk permukaan mengikut keperluan.

Pro kali ini ingin memberikan ringkasan kronologi asas cara-cara putty:

Peringkat pertama
Sebelum melakukan kerja-kerja putty kereta,pilih putty yang sesuai dengan kualiti kemahuan anda.Ini kerana setiap putty di pasaran mempunyai banyak jenis,fungsi dan kualitinya.

Peringkat kedua
Perhatikan tempat-tempat yang perlu diputty mengikut bahagian atau setiap inci dari permukaan kereta dengan melekatkan tape pada tempat tersebut supaya tidak tertinggal.

Peringkat ketiga
Gosok tempat yang dilekatkan dengan tape tadi dengan kertas pasir.Pastikan tempat yang digosok,digosok dengan baik.Ini kerana mempengaruhi kekuatan putty yang digunakan

Peringkat keempat
Bersihkan setiap tempat yang digosok dengan thinner yang sesuai seperti thinner 1425 atau dapatkannya di pasaran yang mana banyak pilihan untuk anda.

Peringkat kelima
Ambil putty dan hardener dari bekasnya kira-kira 20x1 besar hardener.ini adalah asas yang anda harus tahu tapi ini bergantung kepada jenis putty yang digunakan.

Peringkat keenam
Campur putty dengan hardener sehingga sebati kemudian putty tempat-tempat yang digosok tadi.Adakalanya kawasan yang diputty tadi ada yang perlu diputty 2 hingga 3 kali bergantung kepada masalah tempat yang diputty.
 
***nantikan huraian lengkap dari pro di masa akan datang***

3 comments:

  1. bro, mcmna nak tahu putty yang kita buat tu rata masa lepas spray? betul ke rasa pakai tangan tak boleh pakai?

    ReplyDelete
  2. So ok..mudah saja..pergunakan semua kemahiran mata anda dengan melihat permukaan yang dicat dari setiap sudut..anda pasti dapat melihat hasil kerja anda..terima kasih.

    ReplyDelete