Join For FREE

Friday, 16 October, 2009

Tips Memilih Cat Kereta.

Apa bila kita ingin mengecat kereta ataupun sebarang material,salah satu daripada persoalan utama yang sering mempengaruhi fikiran kita ialah;

Apakah jenis cat yang sesuai digunakan?
Apakah warna cat yang sesuai?

Baiklah..kali ini pro mahu memberikan serba sedikit tips sebagai panduan anda..supaya anda tidak salah memilih jenis dan warna cat pada kereta mahupun material yang kita cat.Tip ini bukan hanya untuk mereka yang terlibat dalam mengecat tapi juga kepada bekal pelanggan yang bercadang untuk menghantar kereta mereka untuk di cat...

Memlih jenis cat
Tahukah anda bahawa banyak jenis cat dan berbeza-beza fungsi di pasaran?Mungkin tidak asing lagi bagi anda mengenai perkara ini seperti cat kayu,primer(undercoat),cat besi,cat plastik,cat kereta dan banyak lagi..Tapi di sini pro hanya mahu menerangkan jenis-jenis cat yang sering digunakan untuk kereta tapi jarang anda ketahui bahkan sering diabaikan..

Terdapat 3 jenis cat hingga 5 jenis cat yang digunakan oleh tukang cat kereta bergantung kepada kualiti,tahap disiplin dan kepakaran tukang cat.

a. Primer (undurcout)
b. Cat besi
c. Cat plastik
d. Cat clear
e. Cat metalik

Perkara penting yang perlu kita tahu sebelum mengecat kereta ialah bahagian pada kereta..pada zaman ini,kereta sering menggunakan 2 jenis cat iaitu cat plastik dan cat besi (khas untuk kereta).Cat besi untuk bahagian besi pada kereta dan manakala cat plastik pada bahagian plastik seperti kebanyakan pada bumper depan dan belakang kereta pada zaman ini.Jangan silap kalau cat bumper kereta anda berpecah-pecah.Ini kerana cat yang digunakan adalah dari jenis cat besi dan ia tidak tahan digunakan pada plastik kerana plastik mudah di bengkokkan..Jenis-jenis cat ini ada dalam bentuk primer, clear ataupun metalik.

Memilih warna cat yang sesuai
Apa bila anda memilih cat yang sesuai untuk kereta anda,pastikan anda mahu ia berkilat(shine) ataupun tidak(cm) dan pastikan ia mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh kerajaan kerana ini juga menjadi satu kesalahan sekiranya tidak mengikut peraturan.Mengikut peraturan lebih baik daripada melanggar peraturan kecuali terdapat permohonan untuk mengubah warnah cat.

Memilih warna cat kereta daripada jenama-jenama cat yang terkenal juga perlu diambil perhatian kerana cat dari jenama ini berkualiti dan tahan lama..dan pastikan apabila membeli cat clear elakkan membeli pada harga yang murah kerana ini amat mempengaruhi ketahanan cat kereta anda..Anda tidak perlu hairan kalau warna cat kereta anda berubah kerana kesilapan ini.

**Sebelum mengecat pastikan anda telah menggunakan primer**

Semoga anda berjaya.

42 comments:

  1. Good info, suatu saat nanti saya akan praktekkan

    ReplyDelete
  2. warna apakah sesuai utk kereta wira aeroback

    ReplyDelete
  3. Hey..usop.Biasanya kereta nasional sesuai untuk pelbagai cat kereta.Tapi saya cadangkan supaya anda guna cat metalik kalau kereta wira aeroback kerana ia lebih menyerlah sesuai dengan design kereta aeroback.Cat dari jenama TOA dan DuPont amat sesuai untuk kereta yang anda maksudkan..

    ReplyDelete
  4. saya pakai estima 01..warna apa sesuai nampak lebih eligence dan garang..?

    ReplyDelete
  5. hello bro kalau guna plastik primer kemudian spray cat besi boleh ka sebab selalu saya pakai teknik ni

    ReplyDelete
  6. Hi Shah..

    Toyota Estima sebenarnya,banyak jenis cat pilihan yang sesuai anda pilih.Tapi pilih cat dari jenama yang terkenal dari Dupont/Toa yang terbukti tahan lama.

    ReplyDelete
  7. Hi kawan..Mengguna cat plastik untuk bahagian besi adalah lebih baik malah ia lebih tahan berbanding cat besi tapi mesti guna primer yang sesuai untuk besi dan plastik.Biasanya primer seperti ini jarang didapati kecuali kita minta pembekal cat mix untuk kita.Kereta sekarang banyak menggunakan bumper plastik.Oleh itu apabila kita menggunakan cat plastik,ia amat sesuai untuk seluruh badan kereta termasuk bumper kereta supaya cat tidak mudah tanggal.Semoga anda berjaya.Tq

    ReplyDelete
  8. Good day bro..saya pakai alfa romeo 145 ( type bread van 2 door )..plan nak cat colour yg lain..warna asal merah ferrari..(trademark alfa romeo)..kemudian saya pernah tukarkan kepada dark grey..soalan saya selain warna yg saya gunakan tadi..ader x warna lain yg sesuai utk model alfa ni...tq..

    ReplyDelete
  9. bro, sy nak spray iswara, warna merah(nampak macam basah)....macam mana nak buat. pastu kawan sy ada cakap lepas spray bubuh diomond......ape maksudnya???

    ReplyDelete
  10. bos, nak tanya. cat tu brand ape ek? beli kat mana? harga dlm bape RM?

    ReplyDelete
  11. Sdr/dri..Selain cat merah dan dark gray,alfa romeo 145 ini juga amat sesuai dengan cat warna kuning,biru dan hitam yang sesuai...Jika anda sedang mencari cat kereta jenis ini.Saya cadangkan guna produk made in UK..

    ReplyDelete
  12. Sdr/dri..Kalau diperhatikan kebanyakan warna cat kereta dari jenama proton keluaran lama kelihatan basah.Cat2 yang ada dipasaran telah disesuaikan dengan kecerahan asal kereta(didaftarkan) mengikut jenis kereta..Saya rasa anda tidak perlu membubuh dimond pada cat kereta anda kerana ia kurang sesuai untuk kereta iswara.Saya hanya ingin cadangkan jika anda ingin cat merah tidak kelihatan basah,guna cat merah bukan khas untuk iswara/proton tapi untuk kereta jenis seperti..Anda akan tahu jenis cat merah pada ketelog dipasaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai nak tya klu kereta wira sedang saya nak cat menggunakan cat candy red agak sesuai tak

      Delete
  13. Hi..Ezatie,cat ini dari jenama EASTWOOD,cat teruji berkualiti dan berharga.Saya kurang pasti dimana hendak memperolehinya di tempat anda.Jika anda ingin maklumat lanjut,anda boleh dapat produk ini secara online. http://www.eastwood.com

    ReplyDelete
  14. Salam bro..... sy nk spray warna asal proton waja sy.sy nk tahu proton menggunakan cat brand pe ?
    ada ke brand cat yg lbih berkualiti drpd proton gunakan ?

    ReplyDelete
  15. Salam juga untuk anda sahabat...Hehehe..cat brand asal kereta semua jenis kereta sebenarnya rahsia sesebuah syarikat pengeluar kereta..Sebenarnya banyak pilihan brand cat yang anda mahu dipasaran..seperti dupont,eastwood.

    ReplyDelete
  16. salam bro,,,,,saya nak cat proton waja saya,,,tapi tak tahu warna apa nak cat,,,,sebelum ni cat kereta saya warna silver,,,,saya dah ubah suai waja kesayangan saya alah2 evo 8 dan banyak menggunakan fiber glass...saya takut salah pilih warna menyebabkan cat saya cepat rosak,,,,saya mahu color simple tapi ganaz,,,tak mahu terang macam merah,,,harap saudara boleh bagi panduan,,,,,terima kasih

    ReplyDelete
  17. nissan sentra sesuai color apa je erk.. saya nak color yang nampak garang.. kenapa cat bahagian bonet cepat mengelupas berbanding bhgn lain dan apa cara yang betul untuk jaga cat kereta supaya tahan lama dan tak cepat mengelupas..

    ReplyDelete
  18. My friends,Saya kurang pasti warna cat garang yang anda suka..cat warna merah agak kurang sesuai untuk nissan sentra kerana kereta jenis ini disesuaikan untuk keperluan golongan pertengahan.warna panther black saya rasa sesuai..Berkenaan dengan masalah cat mengelupas pada bonet(depan),ini disebabkan haba yang panas dari engin terutama ketika melakukan perjalanan yang jauh,ditambah pula dengan sinaran matahari terik dan ini sentiasa berlaku sepanjang masa.2,3,4,5 tahun cat akan mulai berubah warna dan akhirnya mengelupas.Untuk mengurangkan risiko ini saya cadangkan,pilih sample cat yang anda suka dan minta dari pembekal cat,cat dari jenis tahan panas atau anda terus berjumpa dengan car paint mixer..mix untuk anda dan pastikan ketahanan haba pada cat yang anda minta antara 120'-150'c.

    ReplyDelete
  19. sy guna kereta kancil lama..kaler maroon.tpi yg wat mata sakit,kaler bumbung dan bonet dpn da pudar..body kaler cntik lg..sy trfikir,bhgian yg pudar tu nk di cat kaler hitam je then buat dua line maroon.apa pandangan saudara?

    ReplyDelete
  20. Apa nama/jenis cat yg ada sesetengah peminat kereta guna skrg tu ye...hitam kusam tp dr dkt ade design petak2...(bkn metalik)ada org kata cat jenis tu x d benarkan d malaysia...tp luar negara byk guna..

    ReplyDelete
  21. saya menggunakan kereta nissan sentra sport 2007. Bercadang nak tukar warna cat daripada hitam (warna asal) ke warna putih. Apakah warna putih yang sesuai ? (pearl white, champion white ????)

    ReplyDelete
  22. Saranan saya jika anda menukar cat kereta anda supaya tahan lama,guna thinner high tempareture,clear dari jenis yg berkualiti dan cat clear mestilah tebal.

    hi..politaiko
    Kedua2 cat amat sesuai untuk kereta jenis sport(Pearl white dan champion white).

    ReplyDelete
  23. salam...bro...saya nak cat kereta saya warna biru subaru..cat asal biru juga...cat asal ok lagi...cuma warna dah tak kilat...saya perlu primer balik tak??atau gosok dan sember je yang baru?? boleh tak listkan harga cat,thinner,hardener?? tq very much...heheheh harap bro dapat tolong saya... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..Sya cadangkan anda mesti guna primer untuk menutup cat asal kerana primer banyak fungsi lain.Nantikan huraiannya dalam post saya yang akan datang.Tq

      Delete
  24. hye... kereta sy myvi se1.3. cat asal wrna hitam. plan nak tukar warna cat yg baru. sy seorg wanita. warna apa yg nmpk more sporty & elegan? from KC

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..Mitalic gray diamond juga sesuai untuk Myvi..

      Delete
  25. assalamualaikum.. kereta saya mengalami kemalangan.. bahgian depan.. kereta saya gen2 warna gray.. jadi saya ingin mengecat bonet kalor hitam..tapi bumbung saya dah itam.. side mirror saya kekalkan gray jugak atau cat hitam 2k jgk seperti bumbung dan bonet yang akan saya buat.. sesuai ke tak kalor tu..
    lagi 1 kedai yang saya ingin buat cat ni tidak mempunyai oven car.. tapi cuma mempunyai kain penhadang.. kampung lar.. mintak pendapat sesuai ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI..Cadangan anda juga sesuai..Cuma kalau mau minta cat kereta tidak semestinya perlukan Oven..Oven hanya berfungsi mempercepatkan cat anda kering dan mempertingkatkan tahap % gloss cat kereta anda.

      Delete
  26. ello bro ada tak software untuk kita boleh edit warna kereta.. bukan guna paint dalam window..

    ReplyDelete
  27. hye..warna apakah yang sesuai untuk kerete proton iswara aeroback..nak lebih nmpak smart.tolong bagi cadangan tuan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna cat yang tidak kelihatan basah..Cat asal lebih sesuai atau cat yang diluluskan untuk kereta tersebut..cadangan dr.saya.Tq

      Delete
  28. Hai. Kereta saya warna hitam dengan diamond flake. Kalau nak tukar kepada hitam pearl perlukah cat semula daripada primer? Thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali mengecat kereta samada warna lama/baru..Primer adalah amat penting..Guna Primer.

      Delete
  29. hello bro. sya ingin cadangan bro adakah warna kuning metalic bersesuaian dgn kereta proton aeroback. tq

    ReplyDelete
  30. salam...saya ada membuat promosi mengecat kenderaan...
    bg sape2 yg berminat boleh la hubungi sy 013 6133985 asrul.
    promosi hanya sebulan sahaja..
    area klebang kecil melaka....
    harga termurah,comform puas ati..
    tq

    ReplyDelete
  31. Hi...saya berminat nak tukar cat kereta iswara saya yg berwarna merah pudar. Apakah cat yag tahan dan warna yg sesuai untuk iswara. Saya perlukan maklumat sebelum menghantar kereta saya ke bengkel. Saya mahukan warna yg sesuai utk perempuan tetapi bukan warna yg cepat pudar. Seperkara lagi, adakah mudah mahu mencari part utk gear auto untuk iswara kerana model kereta saya manual. Brp harganya pasaran gear auto ya. Tq.

    ReplyDelete
  32. salam adakah warna fire red sesuai utk iswara sedan

    ReplyDelete
  33. hi..saya bercadang nak tukar cat kereta iswara aeroback saya berwarna putih...apakah cat yang paling sesuai utk iswara aeroback.adakah warna asal sesuai atau warna lain yg lebih sesuai.tq

    ReplyDelete
  34. Salam..sy pakai honda city 2009..terpikir nak wat cat merah n masuk mugen bodykit..dulu kete pernah xcdent..so nak ketuk balik semula n cat color baru..kat mane ye kedai cat area kl ke kajang yg ade oven?agak2 hrga around bape ye?

    ReplyDelete
  35. salam tuan..
    saya sekarang tgh repair kereta dn bercadang imgin sembur warna baru.. kereta iswara sedan.. boleh kah tunjukkn cara sukat cat dan tiner.. sbb saya buat sndri jk.. penglman lama mengecat motor.. cuma bezanya motor pkai botl jek.. klu kereta guna gun... yg ingin saya tahu sukatan bancuhan cat tersebut... boleh ke tuan beri tunuk ajr....

    ReplyDelete