Join For FREE

Sunday, 20 September 2009

Mengenali Komponen Spraygun



Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam kerjaya kita (pro painter),Pro mahu memperkenalkan bahagian-bahagian penting yang perlu anda tahu mengenai komponen spraygun..Ini memudahkan anda menggunakan spraygun..

Tombol pelaras
Bahagian ini adalah bahagian dimana kita dapat menentukan dan melihat petten yang keluar dari muncung spraygun.contohnya kita akan membuka suiz ini sekiranya kita mengecat bahagian yang luas dan sebaliknya sekiranya kita mengecat dibahagian yang sukar dilihat.

Tombol pelaras cat + angin
Sesuai dengan teknologi spraygun seperti gambar di atas,ia boleh juga dinamakan 2 dalam1 dimana suis angin dengan cat hanya satu disesuaikan untuk kemudahan pengguna.sekiranya suis ini dibuka,angin dan cat akan keluar bersama dari muncung spraygun.

Picu
Bahagian ini adalah suis utama spraygun..Segala hasil yang akan keluar dari muncung spraygun akan keluar apabila menekan suis ini dan anda akan melihat petten,cat dan angin serta menunjukkan kepakaran anda dalam menekan picu ini.

Puting angin
Apabila anda menggunakan spraygun,paip angin dari punca angin akan disambungkan disini.Anda boleh memilih jenis sambungan yang sesuai dengan keselesaan anda menggunakan spraygun.Sebagai satu cadangan,mengguna paip yang ringan adalah lebih baik.

Muncung dan penutup angin
Muncung adalah bahagian dimana tempat keluarnya cat,angin dan petten.Bahagian ini amat penting dijaga kerana kerosakan bahagian ini (pro akan menunjukkanya dimasa akan datang) akan merosakkan kualiti kerja anda.Penutup sentiasa ketat apabila mengunakan alat ini.

* maaf kerana gambar kurang jelas..
* semoga ini serba sedikit membantu anda..

2 comments:

  1. Hai pro...juz nk tnyer ckit jer...Klu suis picu tu tertanggal or rosak...mcm mner nak repair yer??ataupun kt tempat picu tu kan ader macam nat bile tekan picu die masuk kedalam n then baru semburan dibuat tu tercabut...mcm mner nak repair...ke beli baru jer...hehehe

    ReplyDelete
  2. Hai Mr.Cuz..Ini pasti seorang painter ni kan..
    Ok kawan..biasanya anda kena tahu jenis spraygun anda,berapa lama anda pakai dan penjagaan anda kerana setiap spraygun berlainan komponen didalamnya..Kalau dari jenama Iwata Anesta, ini jarang berlaku kecuali jarum panjang di dalam yang haus kerana selalu digunakan..Itupun boleh tahan sampai setahun..
    Dibahagian picu pula sentiasa dicuci dan dibuka selapas digunakan dan apabila memasangnya,sentiasa diperhatikan masih ada grease didalam atau tidak kerana ini memudahkan kita menekan picunya..pro harap ini dapat membantu.

    ReplyDelete