Join For FREE

Sunday, 15 November 2009

Masalah Cat

Kali ini pro ingin menerangkan beberapa masalah yang sering di hadapi oleh tukang cat samada kereta atau sebarang material..terdapat 23 masalah yang sering berlaku.Tapi di sini pro
hanya menerangkan 5 dari pada masalah ini.Ini adalah masalah yang sering berlaku,dan masalah ini amat penting anda ketahui apabila menceburi kerjaya ini.. (gambar menunjukkan contoh bintik basah pada permukaan yang dicat)

Kesan kotoran kimia
Masalah kesan terkena bahan kimia kelihatan bintik-bintik dan perubahan warna pada permukaan cat..Ini terjadi kerana permukaan cat terkena percikan bahan kimia seperti thinner dan ini biasa berlaku dalam industri kerana sistem yang kurang teratur..

Cara penyelesaian mengenai masalah ini,cuci bahagian terkena bahan kimia tersebut dengan air kemudian gosok dengan airsander apabila air sudah kering sehingga sampai ke dasar (permukaan besi).Ini kerana bahan kimia akan kelihatan kembali setelah di cat sekiranya tidak digosok sampai ke permukaan besi..

Pecahan kecil memanjang
Retakan ini kelihatan kecil memanjang pada permukaan cat.Ini berlaku kerana tempat mengcat
berada pada cuaca sejuk dan ini juga berlaku sekiranya kita mengguna cat yang berlainan (contohnya sebelum ini cat yang digunakan dalam bentuk tin mudah spray kemudian ditukar dengan cat+ hardener)..

Bagi mengatasi masalah ini elakkan mengecat pada waktu pagi kerana cuaca masih sejuk,dan perhatikan setiap permukaan yang mengalami retakan pada cat dengan sempurna.Gosok bahagian tersebut sehingga sebati kemudian cuci dengan air.Setelah itu anda boleh mengecat kembali.

Cat Mengalir
Masalah ini kelihatan seperti cat mengalir setalah selesai mengecat dan ini adalah masalah yang sering berlaku dan menguji kepakaran tukang cat.Masalah ini terjadi kerana kesilapan mencampur cat,thinner dan hardener.Ini juga berlaku sekiranya mengecat terlalu dekat dan buka cat terlalu kecil.

Tip penting untuk mengatasi masalah ini, campur cat mengikut arahan pengeluar cat pada tin cat atau dapatkan maklumat dari pengeluar.Pada kebiasaannya cara mencampur cat dengan thinner ialah 2x1 (cat 2 tin,thinner 1 tin) dan elakkan mengecat kurang 5 inci dari permukaan bahagian yang dicat,buka cat spraygun 50 hingga90%..

Bintik Basah
Masalah ini kelihatan seperti cat berminyak dan bahagian tersebut seperti bertumpuk serta kewasan tengah pada bahagian tumpuk tersebut tiada cat(under spray).Ini berlaku kerana permukaan yang dicat tidak di cuci dengan sempurna,spraygun tidak dicuci dengan baik,tempat mencampur cat tercemar dengan sebarang bahan kimia dan cuaca yang sejuk.

Garisan (scratch)
Masalah ini kelihatan garisan-garisan pada permukaan cat.Ini sering berlaku sekiranya kita tiada pengetahuan menggunakan kertas pasir kerana banyak saiz kertas pasir dengan fungsinya yang berlainan..diantara size kertas pasir yang sering digunakan ialah saiz 60 hingga 4000,bergantung pada fungsinya..

Bagi mengatasi masalah garisan kertas pasir ini,elakkan menggunakan kertas pasir bersaiz kasar.Memadai sekiranya anda menggunakan kertas pasir bersaiz 150 pada permukaan besi yang baru dan bersaiz 200-320 bagi permukaan dicat semula (repainting)










5 comments:

  1. ehmm gimana kalo aku jadi petugas Ka yg ngecat Ka ya..gede tuh gajinya

    ReplyDelete
  2. Ahemm..Upah mengecat berbaloi..

    ReplyDelete
  3. Hi Saudara Pro. Saya baru ingin mula bisnes mengecat. Boleh saudara share mengenai harga pasaran bagi kerja Mengecat solid, metallic @ pearl. TQ

    ReplyDelete
  4. salam saudara...

    saya baru memulakan bisnes mengecat kereta..tp terdapat masalah apabila sudah spray cat clear, hasilnya tidak berkilat..ianya jadi kusam dan kurang menyerlah..adakah teknik bancuhan@cat yang saya gunakan tiada kualiti..mohon tunjuk ajar dari saudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...clear ni ada jenis2 yang bagus ke? saya spray clear tapi still kusam (primer memang tak spray)

      Delete