Join For FREE

Tuesday, 5 May 2009

Mengecat Rim Kereta

Rim kereta melambangkan standard  sesebuah kereta atau jenema kereta.Oleh itu tidak hairan harganya ada yang boleh mencecah ribuan ringgit.Namun begitu orang masih sanggup membelinya kerana tuntutan tersebut.

Oleh kerana rim kereta adalah sebahagian daripada komponen kereta yang sentiasa bergerak pantas di jalanraya,justru itu ia amat terdedah kepada banyak jenis bentuk pergerakan dan persekitaran.

Persoalannya di sini...Apakah jenis cat yang sesuai untuk rim kereta?

Tips.."bongkar pro"..

Mengecat  rim kereta dapat di bahagikan kepada 2 cara iaitu powder coating dan spray painting.

Powder coating (cat tepung)
Rim kereta dicat dengan powder coating sesuai dengan jenis cat yang dipilih.setelah itu rim yang sudah dicat dengan powder(tepung cat) kemudiannya dimasukkan kedalam oven dengan kepanasan 200-250 darjah c..."jangan ikut  masuk pula nanti kena panggang".

Setelah selasai di sejukkan,rim yang sudah di cat itu di cat lagi dengan cat liquer atau clear( cat tepung)kemudian dimasukkan kedalam oven dengan kepanasan yang sama...setelah disejukkan proses sudah selasai dan rim tersebut boleh digunakan.

kebaikan ...cat tepung ini ialah prosesnya mudah dan cepat.
Kekurangan...Peralatannya mahal.

Spray painting (Sembur cat)
Cat untuk rim kereta tidak semestinya sama dengan cat keseluruhan kereta anda.Ini kerana cat untuk rim kereta terdapat  tambahan campuran lain selain daripada thinner iaitu hardener.
Hardener berfungsi menjadikan cat yang digunakan kuat dan tahan terhadap hentakan seperti batu.

Terdapat 3 peringkat mengecat kereta dengan cara ini sesuai dengan kemahuan dan kemampuan anda.
  1. Primer + Thinner + hardener(-hardener)
  2. Warna cat pilihan   + Thinner + Hardener
  3. Cat clear + Thinner + Hardener
Kelebihan...boleh dicat dengan pelbagai bentuk warna cat.
Kekurangan...Proses lambat 


5 comments:

  1. ermm.. untuk 1 litter cat berapa banyak thinner dengan hardener perlu di campurkan,,

    ReplyDelete
  2. hey..anonyous ni,tapi tidak mengapa.So untuk campuran cat,thinner dan hardener,gunakan sukatan (2+1+1)untuk cat standerd.Tapi jika anda mahu cat kereta anda mempunyai pancaran cat yang agak berbeza anda boleh tambah sukatan hardener 1 1/2.

    ReplyDelete
  3. Salam saya nak tanya bolehkah dapatkan cat asal kereta dalam bentuk tin seperti cat spray tin?

    ReplyDelete
  4. permbetulan: hardener tu bertujuan untuk mempercepatkan pengeringan clear coat pada body kereta

    ReplyDelete
  5. Sahabat,.. Bukan pembetulan tapi Penambahan Fungsi Harderner..Terima kasih..

    ReplyDelete