Join For FREE

Sunday, 16 January 2011

Rahsia Teknik Mengecat

Imej Buka Dan Tutup Cat Yang
Keluar Dari Muncung SprayGun


Terdapat 3 perkara penting yang mesti kita fahami dan ikuti sebelum mula mengecat kereta.Pertama sekali ialah membersihkan ruang dan setiap peralatan yang terlibat ketika mengecat,dan kedua membersihkan cat dan yang ketiga membersihkan kereta dari minyak dan abuk.

Membersihkan ruang dan peralatan termasuklah diri kita atau spraygun,paip angin,filter angin dan komperesor.Ini adalah perkara utama kita perlu turuti tatakala kita mahu kerja profesional dan memiliki hasil kerja yang berbeza dan memuaskan.Andaikata perkara ini diabaikan,tidak kira samada kita pakar dalam mengecat kereta,hasilnya pasti kurang memuaskan.

Sebelum mula mengecat,prosedur ini boleh membantu anda;

1. Pastikan bahagian kereta yang dicat dan tidak cat sebaik-baiknya.(melihat masking dari terbuka atau berlaku kesilapan).

2. Pastikan spraygun yang digunakan bebas dari sebarang kotoran kemudian masukkan cat yang yang dicampur kedalam tangki spraygun(cat dituras).

3. Cuba spraygan anda untuk melihat kemampuan angin yang dibekalkan oleh komperesor,kemudian tentukan jumlah angin, jumlah cat yang digunakan dan buka cat mengikut tombol pada spraygun.Pada peringkat ini adakalanya rumit bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan spraygun.

4. Mulakan mengecat mulai dibahagian yang susah dilihat seperti didalam kereta,dibahagian sudut dan parit pada badan kereta.Ini mengelak bahagian tersebut tidak terkena cat(underspray).Di dini kita kena kurangkan angin,cat dan buka cat mengikut tempat yang dicat.Ini mengelak cat berlebihan dan mengalir pada bahagian yang dicat.

5. Setelah peringkat ke-4 selasai,uji kembali spraygun anda kerana pada peringkat seterusnya anda mengecat bahagian penting.Pastikan angin cukup,jumlah cat yang keluar dari muncung spraygun dan buka cat.Mula mengecat 5-8 inci jauh dari muncung spraygun dan bahagian yang dicat..Lihat hasilnya.

* elakkan membuka masking sebaik selasai mengecat.
* semoga anda berjaya.

HALLO..Dari Pro Painter


Saya ingin mengatakan HALLO..buat kawan-kawan yang setia melawat dan memberi komen-komen di blog ini..Kamulah kawan-kawan saya yang sentiasa memberi sokongan dan pandangan untuk lebih agresif membantu memberikan tips-tips yang berguna dalam membantu minda lebih matang dalam kerjaya..Ada pula di antara kawan-kawan kita yang meminta pendapat teknik-teknik yang lebih mendalam dalam mengecat..mudah-mudahan.Terima kasih semua..

"I want to say sorry all of you". Baru hari ini ada waktu update blog ini kerana waktu yang terbatas sekian lama semata-mata membina bengkel mengecat kereta.Ia tidaklah sebesar mana tapi memang dalam setiap projek kita tidak dapat lari dari penggunaan masa untuk menyelasaikannya..

Saya baru saja selasai mengecat kereta metalik untuk menguji kemampuan sekian lama tidak memegang spraygun.Disamping itu cuba menguji spraygun jenama dari jepun yang baru dibeli.Hasilnya tidaklah seberapa kerana ianya hanya menguji qualiti produk,peralatan yang terlibat dan ruang bangunan yang baru dibuat..

* pro akan bersama anda..

Wednesday, 14 April 2010

Tukang Cat Profesional


Adakah anda tukang cat kereta profesional..? Persoalan ini sering dan mesti ada pada setiap tukang cat kereta sekiranya ingin berjaya dalam kerjaya ini..Ini mempengaruhi kita supaya sentiasa memperbaiki kesilapan dan meningkatkan pengalaman setiap waktu (upgred).

Setiap kerjaya memiliki cabaran tersendiri seperti juga mengecat kereta..kesilapan memilih cat,kerugian,dimarahi pelanggan dan sebagainya.Justru itu ramai tukang cat gagal mencapai sesuatu yang dicita-citakan bahkan mereka ditinggalkan oleh pelanggan.Tukang cat kereta profesional tidak menganggap masalah dan cabaran dalam kerjaya menjadi penghalang tapi sebagai pengalaman dan pendorong untuk meningkatkan pengetahuan..

Gambar diatas menunjukkan (Salah memilih cat atau cat harga murah) salah satu contoh cabaran yang akan dihadapi oleh tukang cat dan pemilik bengkel mengecat kereta yang mungkin menghalang kerjaya anda berkembang..Kesilapan seperti ini akan memudaratkan perniagaan anda..Mungkin anda bangga dengan pelanggan anda semakin ramai dalam tahun pertama dan kedua tapi menjunam pada tahun seterusnya..Kenapa??Kerana anda gagal memenuhi kepuasan pelanggan.

Bagi mencapai tahap profesional dalam painting,tukang cat perlu ada disiplin yang tinggi mengikuti lunas-lunas sebenar mengecat kereta,memilih product yang berkualiti tinggi dan tahan lama,meningkatkan kepuasan dan perkhidmatan pelanggan setiap waktu,tahap kualiti keluaran dan pengalaman perlu sentiasa di kaji dengan soal selidik dan meningkatkan pengetahuan kearah lebih sensetif terhadap kerjaya..

Anda jadi profesional jika anda mahu..

** Semoga Anda Berjaya**

Sunday, 15 November 2009

Masalah Cat

Kali ini pro ingin menerangkan beberapa masalah yang sering di hadapi oleh tukang cat samada kereta atau sebarang material..terdapat 23 masalah yang sering berlaku.Tapi di sini pro
hanya menerangkan 5 dari pada masalah ini.Ini adalah masalah yang sering berlaku,dan masalah ini amat penting anda ketahui apabila menceburi kerjaya ini.. (gambar menunjukkan contoh bintik basah pada permukaan yang dicat)

Kesan kotoran kimia
Masalah kesan terkena bahan kimia kelihatan bintik-bintik dan perubahan warna pada permukaan cat..Ini terjadi kerana permukaan cat terkena percikan bahan kimia seperti thinner dan ini biasa berlaku dalam industri kerana sistem yang kurang teratur..

Cara penyelesaian mengenai masalah ini,cuci bahagian terkena bahan kimia tersebut dengan air kemudian gosok dengan airsander apabila air sudah kering sehingga sampai ke dasar (permukaan besi).Ini kerana bahan kimia akan kelihatan kembali setelah di cat sekiranya tidak digosok sampai ke permukaan besi..

Pecahan kecil memanjang
Retakan ini kelihatan kecil memanjang pada permukaan cat.Ini berlaku kerana tempat mengcat
berada pada cuaca sejuk dan ini juga berlaku sekiranya kita mengguna cat yang berlainan (contohnya sebelum ini cat yang digunakan dalam bentuk tin mudah spray kemudian ditukar dengan cat+ hardener)..

Bagi mengatasi masalah ini elakkan mengecat pada waktu pagi kerana cuaca masih sejuk,dan perhatikan setiap permukaan yang mengalami retakan pada cat dengan sempurna.Gosok bahagian tersebut sehingga sebati kemudian cuci dengan air.Setelah itu anda boleh mengecat kembali.

Cat Mengalir
Masalah ini kelihatan seperti cat mengalir setalah selesai mengecat dan ini adalah masalah yang sering berlaku dan menguji kepakaran tukang cat.Masalah ini terjadi kerana kesilapan mencampur cat,thinner dan hardener.Ini juga berlaku sekiranya mengecat terlalu dekat dan buka cat terlalu kecil.

Tip penting untuk mengatasi masalah ini, campur cat mengikut arahan pengeluar cat pada tin cat atau dapatkan maklumat dari pengeluar.Pada kebiasaannya cara mencampur cat dengan thinner ialah 2x1 (cat 2 tin,thinner 1 tin) dan elakkan mengecat kurang 5 inci dari permukaan bahagian yang dicat,buka cat spraygun 50 hingga90%..

Bintik Basah
Masalah ini kelihatan seperti cat berminyak dan bahagian tersebut seperti bertumpuk serta kewasan tengah pada bahagian tumpuk tersebut tiada cat(under spray).Ini berlaku kerana permukaan yang dicat tidak di cuci dengan sempurna,spraygun tidak dicuci dengan baik,tempat mencampur cat tercemar dengan sebarang bahan kimia dan cuaca yang sejuk.

Garisan (scratch)
Masalah ini kelihatan garisan-garisan pada permukaan cat.Ini sering berlaku sekiranya kita tiada pengetahuan menggunakan kertas pasir kerana banyak saiz kertas pasir dengan fungsinya yang berlainan..diantara size kertas pasir yang sering digunakan ialah saiz 60 hingga 4000,bergantung pada fungsinya..

Bagi mengatasi masalah garisan kertas pasir ini,elakkan menggunakan kertas pasir bersaiz kasar.Memadai sekiranya anda menggunakan kertas pasir bersaiz 150 pada permukaan besi yang baru dan bersaiz 200-320 bagi permukaan dicat semula (repainting)










Friday, 16 October 2009

Tips Memilih Cat Kereta.

Apa bila kita ingin mengecat kereta ataupun sebarang material,salah satu daripada persoalan utama yang sering mempengaruhi fikiran kita ialah;

Apakah jenis cat yang sesuai digunakan?
Apakah warna cat yang sesuai?

Baiklah..kali ini pro mahu memberikan serba sedikit tips sebagai panduan anda..supaya anda tidak salah memilih jenis dan warna cat pada kereta mahupun material yang kita cat.Tip ini bukan hanya untuk mereka yang terlibat dalam mengecat tapi juga kepada bekal pelanggan yang bercadang untuk menghantar kereta mereka untuk di cat...

Memlih jenis cat
Tahukah anda bahawa banyak jenis cat dan berbeza-beza fungsi di pasaran?Mungkin tidak asing lagi bagi anda mengenai perkara ini seperti cat kayu,primer(undercoat),cat besi,cat plastik,cat kereta dan banyak lagi..Tapi di sini pro hanya mahu menerangkan jenis-jenis cat yang sering digunakan untuk kereta tapi jarang anda ketahui bahkan sering diabaikan..

Terdapat 3 jenis cat hingga 5 jenis cat yang digunakan oleh tukang cat kereta bergantung kepada kualiti,tahap disiplin dan kepakaran tukang cat.

a. Primer (undurcout)
b. Cat besi
c. Cat plastik
d. Cat clear
e. Cat metalik

Perkara penting yang perlu kita tahu sebelum mengecat kereta ialah bahagian pada kereta..pada zaman ini,kereta sering menggunakan 2 jenis cat iaitu cat plastik dan cat besi (khas untuk kereta).Cat besi untuk bahagian besi pada kereta dan manakala cat plastik pada bahagian plastik seperti kebanyakan pada bumper depan dan belakang kereta pada zaman ini.Jangan silap kalau cat bumper kereta anda berpecah-pecah.Ini kerana cat yang digunakan adalah dari jenis cat besi dan ia tidak tahan digunakan pada plastik kerana plastik mudah di bengkokkan..Jenis-jenis cat ini ada dalam bentuk primer, clear ataupun metalik.

Memilih warna cat yang sesuai
Apa bila anda memilih cat yang sesuai untuk kereta anda,pastikan anda mahu ia berkilat(shine) ataupun tidak(cm) dan pastikan ia mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh kerajaan kerana ini juga menjadi satu kesalahan sekiranya tidak mengikut peraturan.Mengikut peraturan lebih baik daripada melanggar peraturan kecuali terdapat permohonan untuk mengubah warnah cat.

Memilih warna cat kereta daripada jenama-jenama cat yang terkenal juga perlu diambil perhatian kerana cat dari jenama ini berkualiti dan tahan lama..dan pastikan apabila membeli cat clear elakkan membeli pada harga yang murah kerana ini amat mempengaruhi ketahanan cat kereta anda..Anda tidak perlu hairan kalau warna cat kereta anda berubah kerana kesilapan ini.

**Sebelum mengecat pastikan anda telah menggunakan primer**

Semoga anda berjaya.