Join For FREE

Sunday, 16 January 2011

Rahsia Teknik Mengecat

Imej Buka Dan Tutup Cat Yang
Keluar Dari Muncung SprayGun


Terdapat 3 perkara penting yang mesti kita fahami dan ikuti sebelum mula mengecat kereta.Pertama sekali ialah membersihkan ruang dan setiap peralatan yang terlibat ketika mengecat,dan kedua membersihkan cat dan yang ketiga membersihkan kereta dari minyak dan abuk.

Membersihkan ruang dan peralatan termasuklah diri kita atau spraygun,paip angin,filter angin dan komperesor.Ini adalah perkara utama kita perlu turuti tatakala kita mahu kerja profesional dan memiliki hasil kerja yang berbeza dan memuaskan.Andaikata perkara ini diabaikan,tidak kira samada kita pakar dalam mengecat kereta,hasilnya pasti kurang memuaskan.

Sebelum mula mengecat,prosedur ini boleh membantu anda;

1. Pastikan bahagian kereta yang dicat dan tidak cat sebaik-baiknya.(melihat masking dari terbuka atau berlaku kesilapan).

2. Pastikan spraygun yang digunakan bebas dari sebarang kotoran kemudian masukkan cat yang yang dicampur kedalam tangki spraygun(cat dituras).

3. Cuba spraygan anda untuk melihat kemampuan angin yang dibekalkan oleh komperesor,kemudian tentukan jumlah angin, jumlah cat yang digunakan dan buka cat mengikut tombol pada spraygun.Pada peringkat ini adakalanya rumit bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan spraygun.

4. Mulakan mengecat mulai dibahagian yang susah dilihat seperti didalam kereta,dibahagian sudut dan parit pada badan kereta.Ini mengelak bahagian tersebut tidak terkena cat(underspray).Di dini kita kena kurangkan angin,cat dan buka cat mengikut tempat yang dicat.Ini mengelak cat berlebihan dan mengalir pada bahagian yang dicat.

5. Setelah peringkat ke-4 selasai,uji kembali spraygun anda kerana pada peringkat seterusnya anda mengecat bahagian penting.Pastikan angin cukup,jumlah cat yang keluar dari muncung spraygun dan buka cat.Mula mengecat 5-8 inci jauh dari muncung spraygun dan bahagian yang dicat..Lihat hasilnya.

* elakkan membuka masking sebaik selasai mengecat.
* semoga anda berjaya.

56 comments:

  1. tq fyi... bleh pro terangkan perbezaan cara mgecat cat solid/2k/metalic/pearl/crystal..
    hrp2 pro dpt mbantu sy.. tq

    ReplyDelete
  2. Hi Kawan..Sebenarnya perbezaan cara2 mengecat pelbagai cat tidak jauh bezanya.Mengecat kereta pakai cat solid lebih mudah berbanding metalic dan kristal.Penggunaan cat metalic lebih mudah pula berbanding kristal.Kena ingat satu perkara mengenai cat mitalic mesti guna primer secukupnya kerana cat asal akan kelihatan kalau primer kurang/nipis.Cristal agak sulit sedikit tapi kalau anda guna prosuder ini mungkin dapat membantu anda.
    1.Primer (send dengan kertas pasir halus)
    2.cat Pilihan (sand dengan kertas pasir halus)
    3.Cristel (Sand dengan kertas pasir halus sampai rata)
    4.Cat clear

    * pasti cat cristel yang anda gunakan tidak kasar dan kelihatan kilat menyerlah..semoga anda berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello..pro saya ada masalh dgn cat kerata saya..bru cat kereta x sampai 1 thun cat da pecah..ble terangkn....

      Delete
  3. Hi pro,mcamana nk hilang kn kesan simen yg telah diratakan mgunakn sand paper 1000.apabila cat telah disembur pada badan kereta kelihatan masih nampak kesan simen itu padahal permukaan badan kereta rata/lincin tidak beralun..

    ReplyDelete
  4. Hai..

    1. CAT PECAH- Biasanya cat yang selalu cepat pecah adalah peralatan plastik pada kereta seperti bumper.Bagi mengelak ia mudah pecah guna primer plastik + Hardener.Badan kereta pula biasanya cat pecah kerana bahagian yang akan di semen tidak digosok dengan sempurna dan berminyak,campuran putty+hardener tidak menentu (sukatan biasa 20:1),tidak mengguna primer+hardener,tidak mengguna thinner high Temperature(tahan Panas) terutama bonet depan kereta menjadikan cat mudah berubah dan pecah,cat clear nipis dan Putty terlalu tebal,

    2. KESAN SEMEN

    Ada beberapa sebab kesan semen masih kelihatan
    a. Tidak mengguna primer
    b. Mengguna cat metalik tapi tiada primer
    c. Primer nipis
    d. Cara menggosok putty/primer tidak ikut putaran jam.
    e. cat akhir nipis.

    ReplyDelete
  5. Saya baru belajar teknik mengecat. Saya nak cat bumbung kereta.Biasanya cat telah siapa dibancuh dikedai cat.Soalan saya:-
    1.Adakah cat itu bolih terus disembur(spray)?atau kena campur dgn bahan2 lain.
    2. Kalau nak cairkan catapakah yang mesti di campurkan turpentine atau thinner?
    3.Apakah Hardener slow untuk dicampurkan dengan clear coat atau cat asas tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI fAMILI501,..Perkara pertama yang kita perlu tahu,setiap cat yang dibancuh atau yang sedia ada dipasaran itu terdapat kotoran dan biasanya ia tidak sesuai disembur serta merta,ia perlu dituras dan semestinya menggunakan thinner,sukatan biasa (1lit cat dan 1/2 thinner).Setiap primer,cat atau clear coat yg menggunakan harderner memang ia disertakan dgn harderher,jadi tidak perlu menggunakan harderner yg lain.Tq

      Delete
  6. hi pro,saya ada 2 soalan,yg pertama mcmana cara bancuhan cat biasa seperti jenama kimlex 88,berapakah nisbah campuran cat,thinner dan clear yg perlu memandangkan cat jenis ini tiada panduan cara penggunaannya(tidak seperti cat 2k).Soalan yg kdua berapa lapisan yg diperlukan untuk mendapat hasil yg baik,saya biasanya menggunakan 2 ke 3 lapisan,adakah terdapat perbezaan tentang cara nisbah campuran cat,thinner dan clear diantara setiap lapisan tersebut.sekian,terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi SMC,..Mana2 jenis cat kereta seperti standard kimlex 88 yang tiada arahan penggunaan,anda perlu tetap menggunakan cara biasa 2plus1.Jika anda mahu ia berkilat,lebih kuat dan tahan cat anda,saya sarankan anda menggunakan harderner (1lit cat+ 80%harderner +1/2lit thinner.Berkenaan dengan jumlah lapisan yang anda maksudkan itu bergantung kepada kemahuan kita..3 lapisan lebih baik.

      Delete
    2. Hi SMC,..Mana2 jenis cat kereta seperti standard kimlex 88 yang tiada arahan penggunaan,anda perlu tetap menggunakan cara biasa 2plus1.Jika anda mahu ia berkilat,lebih kuat dan tahan cat anda,saya sarankan anda menggunakan harderner (1lit cat+ 80%harderner +1/2lit thinner.Berkenaan dengan jumlah lapisan yang anda maksudkan itu bergantung kepada kemahuan kita..3 lapisan lebih baik.

      Delete
  7. hello pro nak tanya primer itu apa maksudnya...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..Primer boleh juga kita katakan undercoat/cat lapis/cat alas.Dengan kata lain,ia adalah cat perantara bagi cat dan besi/plastik/kayu.Tq

      Delete
  8. boleh saya tahu minimum komposisi kompresor yg sesuai untuk mengecat sebuah kereta. adakah 2hp/25ltr cukup untuk sebuah kereta?

    ReplyDelete
  9. Hai Pro, saya ada soalan berkenaan primer. Ada berapa jenis primer yang selalu ada di kedai-kedai cat? apakah tujuan penggunaan cat primer 700?

    ReplyDelete
  10. saya cuba mengecat bahagian plastik..tetapi selalunya adabahagian cat yang berbintik seakan-akan cat tidak boleh melakt pada kawasan itu...menyebakan permukaan cat mencati mengerutu tak sekata....bagaimana caranya mengecat bahagian plastik ini ? contoh macam site mirror...terima kasih

    ReplyDelete
  11. Hi sahabat MF,..Terlalu banyak jenis primer dipasaran.Untuk aturan penggunaannya biasanya ada pada tin/bekas cat.jika tiada sya cadangkan sila minta dari pihak pengeluar kerana mereka lebih arif dengan produk yang mereka keluarkan.Lagipun mereka menyimpan maklumat berkenaan produk yg mereka keluarkan..asasnya 1+1/2 (Cat primer+Thinner) adalah sukatan biasa dan kebanyakan penggunaan primer dan cat menggunakan asas ini.Tq

    ReplyDelete
  12. Hi,..Untuk menggunakan cat plastik yg lebih baik.Sya cadangkan gosok bahagian plastik yang hendak dicat terlebih dahulu dengan kertas pasir 240 supaya lebih halus,kemudian cat dengan primer plastik dan biarkan pada suhu panas matahari selama 1-beberapa jam.Pada waktu menggunakan cat plastik elakkan semburan cat yang banyak pada peringkat awal,biarkan semburan cat nipis pada peringkat ini dan membiarkannya lebih kurang 20-30minit barulah buat semburan seterusnya.Tq

    ReplyDelete
  13. hai pro... saya ada masaalah dngn spray gun masaalah nya salah satu spray gun saya mungkin dh sumbat atau pun rosak bila mengecat angin bawah lagi besar dari angin atas dh try cuci barang2 dalam spray gun pun sama jugak.. yg saya nak tanya spray gun saya dh rosak ataup0n hanya sumbat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ard..Biasanya ada dua kemungkinan perkara ini berlaku.Spraygun anda mungkin selalu digunakan dan sudah tentu ada susutnilai pada komponen spraygan anda (jarum ) menjadikan mata spraygun anda longar..Kedua mungkin jarum pada spraygun anda tersentuh sesuatu ketika mencucinya..
      Cadangan..cuba gantikan kompenen dalam..

      Delete
  14. Hi..
    Saya baru bercadang mengecat keta menggunakan cat spray tin..adakah sebarang nasihat/tips cara2 untuk melaksanakannya..TQ

    ReplyDelete
  15. hi...sy jg ingin bertanyakan soalan yg sm adakah ac 2hp-3hp,20-30ltr sesuai untuk kerja2 cat kereta...thanks pro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..boleh bro janji perkara ini diberi perhatian:
      i. Pengawalan angin
      ii.Mengguna air filter (Mengelak air pd angin konferesor).

      ** konferesor kecil biasanya 5second sudah ada air pd angin.**

      Delete
  16. utk sebuah kereta,berapa litter cat di perlukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..Anda boleh guna 3-4 tin cat kereta mengikut ketebalan cat yang diperlukan.

      Delete
  17. berapa litter cat d gunakan utk sebuah kereta....

    ReplyDelete
  18. utk bancuh cat air brush,adakah sama sukatan 2+1+1...

    ReplyDelete
  19. sebuah kereta guna berapa litter cat...

    ReplyDelete
  20. kat mana nak cari cat utk airbrush...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sahabat SJ,. Cat airbrush pasarannya kurang menyerlah dalam pasaran spt market/kedai.Kebiasaannya ditempah sama ada online atau menempahnya dari kedai cat seperti Dayspring ,Inanam Kota Kinabalu.

      Delete
  21. sya confius dlam metrial campuran cat,kat sni sya ade
    -kaler kod
    -hardener
    -clear 2k
    -thinner

    dlam prsoalan td utk yg prtama adakh bancuhan kaler kod mggunakan thinnner dan hardener yg sme....dan utk clear mggunakan thinner dan hardner yg sme jgak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips..
      1. Primer + Hardener + Thinner (1 + 1/2 + 1/2)
      2. Kaler Kod (2K atau Bukan) + Thinner ( 1 + 1/2 )
      3. Clear + Hardener + Thinner ( 1 + 1/2 + 1/2 )

      Perkara penting:
      Tuang cat+hardener+thinner baru bancuh merata..elakkan membancuh hanya cat+Hardener kerana akan merugikan anda..
      *** Kaler kod dan Clear ada yang menggunakan hardener dan ada yang tidak...

      Delete
  22. sy baru nak belajar mengecat kenderaan..jd diharap dapat jawab bberapa soalan..

    1.Adakah pengggunaan kompressor 3hp 50liter sesuai dalam kerja menyembur kenderaan?

    2.bagaimana cara yang sesuai untuk membaiki bibir bonet belakang yang telah karat dan berlubang?

    3.Bagaimana hendak menentukan bahagian kenderaan yang perlu disimen selain dr bhgian yang mempunyai lekuk yang jelas kelihatan?Sbb sy da melihat beberapa video dan gambar tentang proses menyimen dan rmai tukang cat yang menampal simen pd bahagian yang tidak lekuk jika dilihat scara kasar..

    sekian shj utk kali ini,sy harap prtanyaan ini dpt dimanfaatkan bersama..tq pro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jwb sya untuk anda ..

      1. Boleh.Tapi anda kena gunakan air Filter untuk mengelakkan air dari conferesor masuk ke spray gun anda.

      2. Ada cara yang terbaik..Tapi ia bergantung kepada size lubang yang di tampal>Jika saiz lubang yg hendak ditampal besar,putty tidak sesuai digunakan kerana ia tidak tahan lama kalau digunakan tebal.( kena ada contoh baru sya boleh memberitahu caranya).

      3.Tukang cat- tangan kiri dan mata perlu dibiasakan sensitif kepada sentuhan..

      Delete
  23. pro... apakah saiz atau jenis kertas pasir yang di perlukan dari awal proses semen hingga mengecat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..Permulaan ( gosok putty)- size yang dicadangkan.80,100,120
      Gosok Primer - 240,320

      Delete
  24. hi pro, boleh kah primer plastic pada bumper disembur semula dengan primer 2k?
    boleh kah primer 2k disembur pada cat yg telah di 'sand' clearcoat ?
    boleh kah primer 2k ini di sembur basecoat solid yg bkn 2k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..Semua boleh.Bahkan penggunaan primer digalakkan sebelum menggunakan cat kedua dan clear.. Cuma elakkan mengecat cat (tanpa harderner) terhadap kereta lama yg pernah dicat dengan cat kereta (+harderner).Kerana kesannya nanti cat tanpa haderner akan retak..Tq

      Delete
  25. pro.. biasanya mengecat yg biasa ialah ada 3 peringkat/step; mula undercoat primer kemudian (cat/warna yg. di pilih)dan last sekali laquer.

    Pertanyaan saya ialah saya nak cat wira saya dengan colour biru pearl.Brand bahan-bahan semuanya sy gunakan EVERCOAT .Saya akan mengecat dgn 4 step /peringkat :
    1. 2k primer blue
    2. Metalic undercoat blue
    3. Pearl
    4. Diamond blue
    5. Lacquer high solid 2000
    Thinner saya gunakan ( 2k thinner )
    ..kalau saya nak spray pearl adakah pearl tu perlu dibancuh dgn thinner begitu juga Diamond blue.berapakah sukatan thinner untuk itu.
    Adakah pro ada pandangan/cara lain..thanks pro.

    ReplyDelete
  26. Pro.. saya baru belajar mengecat..
    saya nak tanya air comp yang sesuai..
    Spray gun yang sesuai..
    Apa itu, harderner..
    Apa itu, primer..
    saya nak tanya, nak setting gun spray cam mana...
    Angin..
    cat...

    Tolong saya, saya dah nak cat...

    Saya nak cat, kereta kancil warna kuning myvi baru...
    nak bancuh sukatan cam mana...

    ReplyDelete
  27. Pro,
    saya baru nak berjinak2..
    Saya nak tanya...
    Apa itu harderner...

    Macam mana nak setting spray gun...

    Saya nak cat, myvi kuning baru...
    macam mana nak sukatan campuran..
    thiner harderner cat... primer2 pa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sahabat SH,. semua soalan anda ada dalam blog dan komen2 sahabat kita di sini.. Untuk setting spray gun kena belajar secara praktikal tapi itu jarang di temui dalam youtube/video. Untuk ini sya cuma dapat memberikan cadangan

      1. Sentiasa praktikal (seimbangkan tombol angin .tombol cat dan buka cat..
      pada mulanya mungkin anda dapat lihat cat berbiji dan ini yang anda kena belajar seimbangkan tombol tadi..Guna kepingan permukaan untuk dicat untuk praktikal..

      Delete
  28. assalamualaikum pro, nka tanye boleh tak spray coverset moto paka cat auto refinish yang harga die rm30/1lt?

    ReplyDelete
  29. Hello pro..
    1. Adakah perlu ditambah hardener ke dalam cat?

    2. Apakah yang akan terjadi jika kita mencampurkan hardener ke dalam clear coat yang sudah mempunyai hardener?

    3. Adakah hardener berfungsi mengekalkan kilatan cat?

    tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Sahabat, harderner tak semestinya digunakan dalam mengecat.Ia bergantung kepada kemahuan anda untuk cat yg lebih menyerlah dan kuat. Cat akan kering juga walaupun harderner tdk digunakan asal cat dicampur dengan thinner.

      Cat yang sudah ada harderner tidak perlu + harderner lagi.:)

      Delete
  30. Salam bro,nak tanya sikit.dah setahun pakai, cat jadi retak seribu dibahagian atas seperti bonet depan,bumbung dan bonet belakang termasuk bumper belakang.Apa maslahnya ye...boleh tolong jelaskan sebab saya baru nak berjinak jinak dengan kerjaya mengecat kereta ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Bahagian yg sahabat nyatakan ini sudah jelas bahagian yang terdedah kepada haba panas seperti sinaran matahari dan haba engin..Untuk mengelak perkara ini berlaku kepada cat kereta anda,

      Cadangan,..
      1. Guna thinner High Temperature apabila mengecat.
      2. Guna cat clear 3x tebal dari biasa di bahagian yang terdedah.
      3. Guna undercoat/primer plastic pada permukaan plastic seperti bumper.

      Delete
  31. salam pro..sy bru nak blajar mengecat kenderaan ni..tp sy x taw cara yg btl nak mengecat..ble pro terangkan cara2 atau langkah2 yg btl secara berperingkat?apa yg sy hrus mulakan dahulu pro..

    ReplyDelete
  32. hi pro

    sy ada sdkt masalah untuk dikongsi bsma rkn2,hrp pro dpt membantu

    1-setiap kali sy melakukan kerja2 spray di bhgian bumbung kereta,kesan jalur/belang pasti kelihatan..bagaimanakah cara mengatasi dan cara yang terbaik untuk kerja2 spray di bahagian tersebut

    2-blh pro jelaskan cara simen atau menggunakan poly puty dengan lebih detail spt tmpt yg spttnya di simen,mcmna utk pastikan simen yg sigosok btl2 rata dan tidak akan meninggalkan kesan tdk rata slps di sembur cat

    thanks pro

    ReplyDelete
  33. Hi pro,
    Ada beberapa soalan.
    1. Sy ingin guna cat matte. Perlu x clear coat?
    2. Kertas pasir tentu berbeza tugas semasa primer, semasa cat seterusnya betul x? Ini perkiraan sy dgn kertas pasir 240,320 ke 1k dan 1500.
    3.sy akan sanding selepas primer dan perluke ulang lagi utk cat seterusnya?
    4.tinner berbeza samada utk cat biasa dan cat 2k.adakah betul?
    5.utk 2 tone color, bagaimana cr mudah utk garisan keduanya?
    6. Apakahjenama penggosok kertas pasir yg murah dan rpm sebaiknya? Adakah ia seperti grinder cuma ber rpm kecil? Bukannya 10000 atau sebagainya?
    7. Spray gun yg praktikal. Jenis gantung atau atas?
    8.air filter elok terus di spray gun atau ditengah2 hose?air tentu ada dan sy rimas u tuk sentiasa membuangnya setiap 10 ke 15mi it.
    9.adakah jenama main peranan seperti maguire dsb?
    10.cat solid mmg bagus tp sy suka berexperimen dgn metalik,2k dan yg pelik2 jd adakah crnya tetap sama?
    Thanks.Joe Paka

    ReplyDelete
  34. apakah keperluan mencat kereta yang berkualiti tinggi,maksud saya cat,tiner dan apa lagi?

    ReplyDelete
  35. bro.. macam mana nk sembur biar nampak ia mcm kertas pasir. bintik2 halus..

    ReplyDelete
  36. hye pro mcm mane nk gosok semen bagi rate

    ReplyDelete
  37. saya ada pertanyaan . berapa psi angin yg sesuai utk spray cat kereta..?

    ReplyDelete
  38. salam pro sekiranya selesai cat clear tapi x polish xpe ke??

    ReplyDelete
  39. Salam pro... Sy nk tnya skit, apa effect klau air yg dlm compressor dah bercampur dgn cat dan apakah yg akan terjadi di atas permukaan yg di cat td?

    ReplyDelete
  40. Salam saudara,

    Air adalah salah satu daripada masalah (Triple problem) selapas minyak dan habuk(pasir) dalam mengecat kereta namun kesannya berbeza. Bagi air yang bercampur dengan cat, hasilnya cat material yang kita gunakan kelihatan kabur( cat kurang menyerlah/Shine bersinar)

    Tips..
    i. Sila gunakan air filter pada compressor anda.
    ii. Sila pasang air filter kedua pada spraygun
    iii. Sentiasa buang air setiap sejaam menggunakan comperessor
    *** harap ini boleh membantu***

    ReplyDelete