kata orang.."uang boleh di cari,tapi nyawa tak ada ganti".begitulah betapa pentingnya keselamatan ketika melakukan sesuatu kerja.
Seringkali perkara ini diambil perhatian tapi tidak dilakukan dengan disiplin.Apa yang perlu dibuat?"Ingat kerja ingat alat keselamatan yang diperlukan".
Penggunaan alat keselamatan dengan betul dan bersistem dapat mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak dingini.
Pro kali ini cuba menerang beberapa alat keselamatan yang perlu dan selalu digunakan ketika mengecat kereta.Diantaranya mask(penutup mulut/muka),sarung tangan,cermin mata keselamatan,kasut keselamatan,penutup telinga dan tempat mengecat.Demi keselamatan anda,dapat dan sediakan peralatan ini.
Penggunaan mask atau penutup muka dan mulut,membantu mengelakan anda daripada menghisap abuk,bau cat,thinner,putty,putty hardener dan bahan-bahan kimia merbahaya yang lain.Pro cadangkan supaya penggunaan 2 jenis mask diamalkan iaitu khas untuk abuk seperti 3M N95 dan khas untuk mengecat seperti 3M organic Vapor.
Diantara peralatan ini adakalanya digunakan serentak iaitu mask(untuk habuk),sarung tangan kain, cermin mata, penutup telinga dan kasut keselamatan tatakala mengguna grinding,kerja menukul dan menggosok besi.Manakala mask(untuk mengecat),sarung tangan plastik,kasut keselamatan serta pakaian khas diperlukan ketika mengecat.
Selain daripada peralatan ini,tempat khas untuk mengecat kereta(spray booth) adalah amat penting di berikan perhatian.Tempat mengecat dengan peredaran udaya yang baik bukan saja dapat membantu anda tapi keselamatan persekitaran anda.
***Semoga berjaya***