Join For FREE

Sunday, 31 May 2009

Peralatan Keselamatan Ketika mengecat Kereta












kata orang.."uang boleh di cari,tapi nyawa tak ada ganti".begitulah betapa pentingnya keselamatan ketika melakukan sesuatu kerja.

Seringkali perkara ini diambil perhatian tapi tidak dilakukan dengan disiplin.Apa yang perlu dibuat?"Ingat kerja ingat alat keselamatan yang diperlukan".

Penggunaan alat keselamatan dengan betul dan bersistem dapat mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak dingini.

Pro kali ini cuba menerang beberapa alat keselamatan yang perlu dan selalu digunakan ketika mengecat kereta.Diantaranya mask(penutup mulut/muka),sarung tangan,cermin mata keselamatan,kasut keselamatan,penutup telinga dan tempat mengecat.Demi keselamatan anda,dapat dan sediakan peralatan ini.

Penggunaan mask atau penutup muka dan mulut,membantu mengelakan anda daripada menghisap abuk,bau cat,thinner,putty,putty hardener dan bahan-bahan kimia merbahaya yang lain.Pro cadangkan supaya penggunaan 2 jenis mask diamalkan iaitu khas untuk abuk seperti 3M N95 dan khas untuk mengecat seperti  3M organic Vapor.

Diantara peralatan ini adakalanya digunakan serentak iaitu mask(untuk habuk),sarung tangan kain, cermin mata, penutup telinga dan kasut keselamatan tatakala mengguna grinding,kerja menukul dan menggosok besi.Manakala mask(untuk mengecat),sarung tangan plastik,kasut keselamatan serta pakaian khas diperlukan ketika mengecat.

Selain daripada peralatan ini,tempat khas untuk mengecat kereta(spray booth) adalah amat penting di berikan perhatian.Tempat mengecat dengan peredaran udaya yang baik bukan saja dapat membantu anda tapi keselamatan persekitaran anda.

***Semoga berjaya***






Monday, 18 May 2009

Kronologi Asas Putty Kereta

Penggunaan putty dalam mengecat kereta adalah amat penting dan sentiasa di perlukan samada untuk mengecat kereta baru atau lamaApakah fungsi putty atau pole base?

Pada asasnya putty digunakan untuk menutup lubang,menutup tempat tertentu seperti bekas welding dan skru,meratakan sesuatu permukaan dan membentuk permukaan mengikut keperluan.

Pro kali ini ingin memberikan ringkasan kronologi asas cara-cara putty:

Peringkat pertama
Sebelum melakukan kerja-kerja putty kereta,pilih putty yang sesuai dengan kualiti kemahuan anda.Ini kerana setiap putty di pasaran mempunyai banyak jenis,fungsi dan kualitinya.

Peringkat kedua
Perhatikan tempat-tempat yang perlu diputty mengikut bahagian atau setiap inci dari permukaan kereta dengan melekatkan tape pada tempat tersebut supaya tidak tertinggal.

Peringkat ketiga
Gosok tempat yang dilekatkan dengan tape tadi dengan kertas pasir.Pastikan tempat yang digosok,digosok dengan baik.Ini kerana mempengaruhi kekuatan putty yang digunakan

Peringkat keempat
Bersihkan setiap tempat yang digosok dengan thinner yang sesuai seperti thinner 1425 atau dapatkannya di pasaran yang mana banyak pilihan untuk anda.

Peringkat kelima
Ambil putty dan hardener dari bekasnya kira-kira 20x1 besar hardener.ini adalah asas yang anda harus tahu tapi ini bergantung kepada jenis putty yang digunakan.

Peringkat keenam
Campur putty dengan hardener sehingga sebati kemudian putty tempat-tempat yang digosok tadi.Adakalanya kawasan yang diputty tadi ada yang perlu diputty 2 hingga 3 kali bergantung kepada masalah tempat yang diputty.
 
***nantikan huraian lengkap dari pro di masa akan datang***

Saturday, 9 May 2009

Pengaruh karat dalam mengecat kereta

Karat(rust) adalah salah satu masalah dalam proses mengecat kereta bahkan banyak memberikan kesan sampingan pada bahagian yang telah dicat samaada ketika mengecat atau dalam tempoh tertentu sekiranya tidak diurus dengan baik sebelum melakukan kerja-kerja mengecat.

Kenapa karat terjadi? Menganali karat bererti anda menjaga kereta anda dengan baik.Ada beberapa sebab karat terjadi:

  • Bahagian besi terdedah kepada udara.
  • Bahagian besi bersentuh dengan air.
  • Bahagian besi berseentuh dengan percikan air laut
  • Sebab lain ialah tahi binatang seperti tahi lembu dan burung.
Besi yang terdedah akan menjadi karat kerana udara di persekitaran kita mempunyai kandungan air yang tidak kelihatan.Apa lagi ketika hujan dan ketika mencuci kereta besi yang terdedah bersentuh dengan air menyebabkan karat pada besi.

Ada kemungkinan besi yang terdedah akan bersentuh dengan air laut ketika berkelah dan ini menjadikan besi berkarat.

Kesan-kesan sekiranya tidak di ambil tindakan....

  • bahagian yang dicat tidak akan bertahan lama dan cat akan pecah.
  • terdapat bintik-bintik di bahagian yang berkarat ketika selasai mengecat.
  • karat akan merebak ke bahagian lain.
  • karat yang tidak di urus dengan baik akan menyebabkan putty pecah dan cat akan pecah.
Tips-tips mengurus karat sebelum mengecat kereta:
  1. Gosok bahagian besi yang berkarat sehingga karat atau bayang-bayang karat pada bahagian besi yang berkarat tidak kelihatan,kemudian gunakan primer atau cat dasar.
  2. Gunakan key brush(berus besi) sekiranya karat pada bahagian besi serius dan berlubang.
  3. Cuci bahagian karat yang di gosok dengan thinner atau bahan kimia anti- karat yang sesuai.
  4. Cuci dengan thinner dan putty sekiranya terdapat lubang pada bahagian yang berkarat.
  5. Bungkus keseluruhan badan kereta dengan plastik sekiranya tidak di cat dalam tempoh 3 hari.
...Semoga berjaya.

Tuesday, 5 May 2009

Mengecat Rim Kereta

Rim kereta melambangkan standard  sesebuah kereta atau jenema kereta.Oleh itu tidak hairan harganya ada yang boleh mencecah ribuan ringgit.Namun begitu orang masih sanggup membelinya kerana tuntutan tersebut.

Oleh kerana rim kereta adalah sebahagian daripada komponen kereta yang sentiasa bergerak pantas di jalanraya,justru itu ia amat terdedah kepada banyak jenis bentuk pergerakan dan persekitaran.

Persoalannya di sini...Apakah jenis cat yang sesuai untuk rim kereta?

Tips.."bongkar pro"..

Mengecat  rim kereta dapat di bahagikan kepada 2 cara iaitu powder coating dan spray painting.

Powder coating (cat tepung)
Rim kereta dicat dengan powder coating sesuai dengan jenis cat yang dipilih.setelah itu rim yang sudah dicat dengan powder(tepung cat) kemudiannya dimasukkan kedalam oven dengan kepanasan 200-250 darjah c..."jangan ikut  masuk pula nanti kena panggang".

Setelah selasai di sejukkan,rim yang sudah di cat itu di cat lagi dengan cat liquer atau clear( cat tepung)kemudian dimasukkan kedalam oven dengan kepanasan yang sama...setelah disejukkan proses sudah selasai dan rim tersebut boleh digunakan.

kebaikan ...cat tepung ini ialah prosesnya mudah dan cepat.
Kekurangan...Peralatannya mahal.

Spray painting (Sembur cat)
Cat untuk rim kereta tidak semestinya sama dengan cat keseluruhan kereta anda.Ini kerana cat untuk rim kereta terdapat  tambahan campuran lain selain daripada thinner iaitu hardener.
Hardener berfungsi menjadikan cat yang digunakan kuat dan tahan terhadap hentakan seperti batu.

Terdapat 3 peringkat mengecat kereta dengan cara ini sesuai dengan kemahuan dan kemampuan anda.
  1. Primer + Thinner + hardener(-hardener)
  2. Warna cat pilihan   + Thinner + Hardener
  3. Cat clear + Thinner + Hardener
Kelebihan...boleh dicat dengan pelbagai bentuk warna cat.
Kekurangan...Proses lambat 


Sunday, 3 May 2009

Kegunaan Airbrush



Airbrush atau lebih dikenali sebagai berus angin tidak asing lagi bagi mereka yang terlibat langsung dalam kerjaya mengecat. Tidak kurang pula yang menggunakan sticker seperti gambar kereta diatas bagi memperolehi hasil yang lebih cepat walaupun boleh menggunakan dengan airbrush.

Tahukah anda apa keistimawaan dan fungsi airbrush dalam painting?Kenapa airbrush mahal sehingga mencecah ratusan ringgit?

Ketahui rahsia airbrush...dengan airbrush :

  • anda boleh membuat apapun bentuk lukisan pada kereta anda seperti gambar anda,lukisan kartun,gambar movie,iklan-iklan dan lain lain.
  • Sesuai digunakan menulis papan tanda perniagaan untuk kedai anda.
  • anda juga boleh menggunakan airbrush untuk menulis permit kereta yang tertera di kereta anda.
  • ia juga banyak di gunakan dalam membuat lebal pada pakaian atau t- shirt.
  • Bagi mereka yang terlibat dalam perhiasan,pertukangan tangan ia amat sesuai digunakan kerana hasilnya halus
  • anda boleh menulis kata-kata hikmah,gambar anda atau melukis gambar artis kesayangan anda pada gelas minuman anda.
  • boleh digunakan menghias pengantin.
  • sekiranya anda minat mengecat handphone,airbrush amat sesuai digunakan serta menjimatkan.
  • tidak asing lagi penggunaanya dalam mengecat perhiasan alat-alat muzik,elektronik,kasut dan lukisan tatoo pada komputer.
Anda sudah mengetahui serba sedikit mengenai keistimewaan airbrush,jadi apa tunggu lagi rebutlah peluang kerjaya ini anda pasti mendapat pekerjaan dengan mudah daripada kerjaya ini.kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai airbrush,training,skill serta lain- lain perkara berkaitan dengan painting,ikuti perkembangan kerjaya kita pro painter dalam post-post yang seterusnya.

Semoga berjaya..